Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat semalam menyentuh tentang serangan pengganas yang membunuh beberapa pengawal sempadan Iran - Pakistan minggu lalu dan berkata, "Ini bukanlah kejadian pertama, dan kemungkinan juga bukan yang kali terakhir. Dalam haluan ini, kita katakan, sudah 35 tahun diri kita menjadi korban pengganas seperti ini. Tiba-tiba para pengganas iaitu Amerika dan rejim Zionis tampil dan memegang panji-panji anti pengganas."
Beliau juga turut meminta kerajaan Pakistan memberikan jawapan tentang kegiatan pengganas yang bermaharajalela dalam kawasannya.
"Para pengganas lari ke sempadan Pakistan. Insyallah, para pegawai kita akan bertindak lebih bijak supaya kita tidak menyaksikan lagi peristiwa-peristiwa seperti ini. namun para pengganas juga perlu mengetahui bahawa kerajaan Islam kita akan menghadapi mereka dengan lebih tegas dan mereka tidak akan dapat maju lagi," tegas beliau.
Ayatullah Khatami meneruskan khutbahnya dengan menyebut bahawa bulan ini terdapat 3 peringatan ulangtahun anti Amerika seperti tanggal 4 Aban yang merupakan ulangtahun ucapan Imam Khomeini menentang undang-undang tidak berperikemanusiaan kapitulasi atau memberikan kekebalan dari undang-undang kepada Amerika yang mana ia dianggap suatu penghinaan kepada bangsa kita.
"Atas halatuju ini, Imam (Khomeini) melaungkan gema anti Amerika, menurut ucapan beliau pada 13 Aban, ejen-ejen taghut memanjat dinding rumah Imam dan menangkapnya, dan membawanya ke Tehran, kemudian beliau dibuang negara ke Turki," jelas beliau.
Mengenai tanggal 13 Aban pula, beliau mengingatkan penghinaan duta Amerika terhadap mahasiswa dan berkata, "Kisah Amerika dan jenayahnya terlalu banyak untuk diceritakan, saya cuma ingin menceritakan bahawa masalah menentang Amerika mempunyai asas dari segi akidah."
"Di dalam al-Quran simbol kuasa besar adalah Fir'aun, dan Fir'aun merupakan nama umum bagi pemerintahan beraja Mesir, al-Qur'an memperkenalkan Fir'aun sebagai kuasa angkuh dan ciri-ciri kuasa angkuh tidak akan dihitung dengan tertib seperti ini melainkan ia menganggap dirinya berada di atas kepala semua orang. Sekurang-kurangnya ahli poltik Amerika bersikap demikian. Amerika selama lima puluh tahun akhir-akhir ini telah menyerang 25 buah negara samada secara langsung melalui ketenteraan atau secara tidak langsung," tutur beliau.
Beliau menganggap perendahan dan penghinaan sebuah bangsa merupakan salah satu ciri-ciri kuasa angkuh dan Fir'aun. Menurutnya lagi, "Jikalaulah ada sesiapa yang mahu menerima indoktrinasi salah ini, sehingga ia dapat menyelesaikan masalah negara melalui jalinan hubungan dengan Amerika, ketahuilah realiti sejarah telah menunjukkan bahawa masalah-masalah lain akan bertambah. Selama lima puluh tujuh tahun pemerintahan Shah, sehingga tanggal 28 Murdad tahun 1332, yang memerintah adalah orang Britain, dan sejak itu sampai kemenangan revolusi pemerintahan di tangan Amerika. Apa mereka buat dengan negara ini? Mereka menggoncang gelombang kefakiran dan perompakan; Orang Amerika hadir, maka penindasan, autokrasi dan penghinaan ke atas bangsa pun datang.
"Personaliti dalam perundingan secara terang-terangan benar-benar biadap terhadap bangsa yang mempunyai rekod tamadun selama 1400 tahun. Ini saja sudah menunjukkan kuasa angkuh mereka," kata beliau.
Sambil menceritakan tentang Fir'aun yang mencetuskan perpecahan, beliau menambah, "Siapakah yang membahayakan nyawa umat Islam dengan golongan Takfiri? Setiap hari mereka melakukan pengeboman bunuh diri di Iraq, Syria dan Pakistan, dan pemberi pedoman kepada mereka ini adalah Amerika serta sekutunya seperti Arab Saudi. Mereka ini diberi umpan dengan wang, ini disebabkan operasi-operasi tersebut memerlukan pembiayaan yang mahal melainkan ada Qarun yang muncul di rantau ini sehingga pecah belah dan perseteruan di antara umat Islam menjadi semakin dalam.
Kerja-kerja kuasa angkuh adalah memberi ancaman, namun kita hendaklah berkata kepada mereka bahawa sehingga kini telah banyak bangsa-bangsa yang mereka ancam. Untuk apa cengkaman ke atas Afghanistan kalau bukan penghinaan? Kamu berlepas tangan dan melarikan diri dari Iraq, tetapi kamu sendiri tahu, kamu tidak ada kemampuan untuk menghadapi bangsa besar seperti Iran. Bangsa ini memang mendengar pesanan Imam sekiranya kamu ingin merosakkan kami, maka bangsa ini akan menghancurkan gigi di dalam mulut Amerika.
"Apakah yang terjadi di Guantanamo? Para tahanan rahsia yang tidak bersalah di Eropah diseksa oleh Amerika, yang menjadi lawak ialah laporan atas nama hak asasi manusia tidak melihat jenayah-jenayah ini. Ketika hadir di Iran, laporan-laporan yang mereka tulis tentang pengganas-pengganas Iran, akan diserahkan kepada PBB sedangkan laporan-laporan lemah dan tidak berasas daripada pihak pengganas, tidak ada nilainya," kata beliau lagi.
Beliau kemudian menegaskan bahawa al-Quran hanya menunjukkan jalan perlawanan bagi kes ini dan berkata, "Pengalaman menunjukkan perundingan dengan Amerika tidak akan memberikan apa-apa. Mereka hanya faham dengan lidah perlawanan. Ketika pegawai politik Kesatuan Eropah berterus terang bahawa kami tidak akan turut serta dalam perundingan paksaan, kita juga berkata, kami akan berunding dengan Amerika dengan slogan 'Mampus Amerika'.
"Kata-kata kami ialah spiritual Moqawama (perlawanan) akan memberikan jawapan kepada Amerika; namun kami tidak melihat Moqawama menafikan diplomasi dalam format bimbingan rahbar, iaitu kemuliaan, kebijaksanaan, kemaslahatan yang mana realiti kelembutan adalah kegagahan. Di sini adalah medan pertempuran dan gelanggang silat. Kami katakan bersungguh-sungguh kepada para diplomat yang sedang berada dalam halatuju bimbingan rahbar agar kamu tidak rasa penat, dan kami mengumumkan, yakinlah usaha-usaha kamu di dalam halatuju melaksanakan bimbingan rahbar disokong oleh rakyat.
"Kami katakan kepada dunia, sekiranya anda inginkan objektif rakyat kami, tunggulah pada tanggal 13 Aban nanti, pasti kamu akan melihat bangsa kami akan melaungkan slogan 'Mampus Amerika' dengan lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelum ini.
1 November 2013 - 20:30
News ID: 477552